Berikut merupakan antara perkara yang perlu diambil kira dalam merancang jadual latihan untuk sukan badminton:
1. Kelajuan (speed) Pergerakan sekitar gelanggang badminton adalah sangat pendek, jadi latihan kelajuan harus ditumpukan pada reaksi masa, pecutan dan ketangkasan dalam perubahan arah. Latihan mudah untuk meningkatkan kelajuan kaki adalah menggunakan tangga, naik turun tangga dengan mencatatkan masa sebagai sasaran. Selain itu latihan-latihan seperti T-drill atau larian T, lompatan sisi dan pelbagai lagi latihan padang boleh dilakukan.
2. Kekuatan (strength) Latihan kekuatan perlu disasarkan kepada beberapa otot yang terlibat dalam badminton seperti otot sekitar pergelangan tangan termasuk fore arm, sekitar siku termasuk bisep dan trisep, bahu, dada, perut, pinggang, quadrisep, hamstring, betis, dan sekitar buku lali. Dalam apa-apa jenis sukan, kenali mekanisme pergerakannya. Dalam badminton, untuk melakukan smash, otot-otot terlibat seperti trisep, bahu, dada sebagai otot utama. Melakukan lompatan betis dan peha. Pergerakan badan yang tidak statik memerlukan latihan pinggang secara songsang, bila melakukan back extension, buat secara silang, angkat kaki kanan dan tangan kiri, begitu juga sebaliknya. Berbanding dengan sukan statik seperti berenang yang memerlukan pergerakan secara lurus. Senaman kekuatan dalam ulangan 6-8 tetapi boleh dilebihkan ‘sedikit’. Sekurang-kurang 3 kali seminggu bergantung pada jadual pertandingan. Ada sesetengah masa, perlukan lebih latihan teknikal dan stamina. Sebagai seorang jurulatih, kenal pasti kelemahan anak didikan.
3. Kelenturan (flexibility) Sukan badminton memerlukan kelenturan badan yang baik. Cukup sekadar regangan yang biasa. Kelenturan pada pinggang sangat penting. Pemain yang baik akan mendapat markah yang baik dalam ujian ‘sit and reach‘.
4.Stamina (endurance) Stamina sangat penting dalam sukan badminton. Sukan badminton dan sukan bola sepak adalah dua jenis yang berbeza. Sukan badminton boleh dikatakan tiada masa rehat manakala sukan bola sepak masih boleh berehat bergantung pada posisi pemain. Seorang pemain badminton sepatutnya mampu bermain untuk sekurang-kurang 5 perlawanan berturut. Latihan kardio juga dilakukan mengikut jadual pertandingan.
Boleh cari berkaitan jadual latihan bagi sukan badminton sekiranya ingin mendapatkan maklumat yang lebih mendalam.
kita mempunyai ramai atlet muda yang berbakat seperti zulfadli, misbun ramdan, wei feng dan liew darren. kenapa agaknya nama2 tersebut sudah jarang didengari sejak kebelakangan ini?
Berikut merupakan antara perkara yang perlu diambil kira dalam merancang jadual latihan untuk sukan badminton:
ReplyDelete1. Kelajuan (speed)
Pergerakan sekitar gelanggang badminton adalah sangat pendek, jadi latihan kelajuan harus ditumpukan pada reaksi masa, pecutan dan ketangkasan dalam perubahan arah. Latihan mudah untuk meningkatkan kelajuan kaki adalah menggunakan tangga, naik turun tangga dengan mencatatkan masa sebagai sasaran. Selain itu latihan-latihan seperti T-drill atau larian T, lompatan sisi dan pelbagai lagi latihan padang boleh dilakukan.
2. Kekuatan (strength)
Latihan kekuatan perlu disasarkan kepada beberapa otot yang terlibat dalam badminton seperti otot sekitar pergelangan tangan termasuk fore arm, sekitar siku termasuk bisep dan trisep, bahu, dada, perut, pinggang, quadrisep, hamstring, betis, dan sekitar buku lali.
Dalam apa-apa jenis sukan, kenali mekanisme pergerakannya. Dalam badminton, untuk melakukan smash, otot-otot terlibat seperti trisep, bahu, dada sebagai otot utama. Melakukan lompatan betis dan peha. Pergerakan badan yang tidak statik memerlukan latihan pinggang secara songsang, bila melakukan back extension, buat secara silang, angkat kaki kanan dan tangan kiri, begitu juga sebaliknya. Berbanding dengan sukan statik seperti berenang yang memerlukan pergerakan secara lurus.
Senaman kekuatan dalam ulangan 6-8 tetapi boleh dilebihkan ‘sedikit’. Sekurang-kurang 3 kali seminggu bergantung pada jadual pertandingan. Ada sesetengah masa, perlukan lebih latihan teknikal dan stamina. Sebagai seorang jurulatih, kenal pasti kelemahan anak didikan.
3. Kelenturan (flexibility)
Sukan badminton memerlukan kelenturan badan yang baik. Cukup sekadar regangan yang biasa. Kelenturan pada pinggang sangat penting. Pemain yang baik akan mendapat markah yang baik dalam ujian ‘sit and reach‘.
4.Stamina (endurance)
Stamina sangat penting dalam sukan badminton. Sukan badminton dan sukan bola sepak adalah dua jenis yang berbeza. Sukan badminton boleh dikatakan tiada masa rehat manakala sukan bola sepak masih boleh berehat bergantung pada posisi pemain. Seorang pemain badminton sepatutnya mampu bermain untuk sekurang-kurang 5 perlawanan berturut. Latihan kardio juga dilakukan mengikut jadual pertandingan.
Boleh cari berkaitan jadual latihan bagi sukan badminton sekiranya ingin mendapatkan maklumat yang lebih mendalam.
kita mempunyai ramai atlet muda yang berbakat seperti zulfadli, misbun ramdan, wei feng dan liew darren. kenapa agaknya nama2 tersebut sudah jarang didengari sejak kebelakangan ini?
ReplyDelete