Wednesday, 15 February 2017

Refleksi Affandy - Kejohanan Badminton Terbuka Terengganu 2017

3 comments:

  1. boleh ke saudara affandy berkongsi tekanan yang dihadapi semasa perlawanan dan cara untuk mengatasi tekanan dalam perlawanan?

    ReplyDelete
  2. Kejohanan Badminton Terbuka Terengganu 2017 yang baru saja berlalu merupakan satu medium yang positif ke arah mencari bakat-bakat muda dalam meningkatkan lagi potensi individu bagi memartabatkan sukan badminton. Seperti yang kita ketahui sukan badminton merupakan salah satu sukan yang kerap kali menyumbang pingat kepada negara. Sejarah badminton negara telah membuktikan bahawa Malaysia mempunyai pemain-pemain hebat dan ia dapat dibuktikan berdasarkan kepada kejayaan-kejayaan yang telah dilakar oleh para pemain badminton negara. Edisi terbaru iaitu semasa Olimpik Rio di Brazil pada tahun 2016 di mana Malaysia telah berjaya memenangi 3 pingat perak dalam acara perseorangan lelaki yang diwakili oleh Dato Lee Chong Wei, Bergu lelaki V Shem dan Wee Kiong serta bergu campuran Chang Peng Soon dan Goh Liu Ying. Walaupun tidak berjaya mendapat pingat emas namun ia membuktikan bahawa sukan badminton negara berada di suatu tahap tertinggi setanding dengan negara-negara besar yang lain seperti China, Denmark, Indonesia dan lain-lain lagi. Balik kepada Kejohanan Terbuka Terengganu ini,berdasarkan kepada pemerhatian yang saya lihat sebagai penonton terhadap perlawanan saudara Affandy ini, beliau seorang pemain yang berpotensi dan mampu memberikan saingan yang hebat kepada lawannya iaitu bekas juara Badminton Peringkat MSSSM. Walaubagai manapun, terdapat beberapa kelemahan ataupun kesilapan yang dilakukan oleh saudara Affandy ini semasa perlawanan tersebut. Antara kesilapan yang dikenal pasti ialah kesilapan dari segi teknikal iaitu kerap kali pukulan 'out' dan terkandas di jaring.Selain itu dari segi semangat ataupun keagresifan saudara Affandy agak kurang dalam membalas serangan yang dilakukan oleh pihak lawan. Beliau banyak menggunkan teknik bertahan.Bagi perlawanan bergu pula, saudara Affandy dan pasangannya bermula dengan baik memenangi set pertama perlawanan dengan semangat dan keagresifan yang tinggi. Walalu bagaimanpun, semasa set kedua pasangan saudara Affandy ini telah mengalami kecederaan di bahagian pergelangan kaki menyebabkan mereka tewas di set kedua dan set penentuan. Mungkin selepas ini beberapa faktor perlu ditambah baik oleh saudara Affandy dari aspek kelajuan, kekuatan dan stamina. Syabas dan Tahniah kerana berani berjuang mewakili IPGKDRI untuk bertanding di peringkat yang tinggi.

    ReplyDelete
  3. Sangat baik komen-komen daripada kawan-kawan tuan, semoga anda beroleh kejayaan di masa hadapan.

    ReplyDelete